Assalamualaikum w.b.t,
Para Ahli-Ahli Koperasi Persatuan Alumni Universiti Texas sekalian;
Koperasi KoPAUT telah berjaya ditubuhkan pada Jun 16, 2019 setelah sempurnanya mesyuarat agung pertama di Shah Alam Convention Center (SACC). Matlamat utama penubuhan KoPAUT adalah untuk memberi peluang untuk ahli-ahli yang mana adalah lepasan dari Universiti university di Texas, Amerika Syarikat, untuk menjana pendapatan dari hasil pelaburan yang lebih dekat dengan kepakaran dan pengalaman ahli-ahli yang kini hampir dan sudah pun dalam umur persaraan.
Ahli-ahli KoPAUT merupakan mereka-mereka yang masih mempunyai kepakaran hasil dari pengalaman masa bekerja dan ilmu yang dipelajari selama ini. Kepakaran-kepakaran ini sebenarnya masih lagi berguna didalam pasaran pekerjaan dan juga perniagaan. Untuk memberi pulangan yang lebih dan bermakna maka kita mencadangkan untuk menubuhkan KoPAUT ini.
Visi KoPAUT adalah:
Menjadi satu entiti perniagaan yang menjana keuntungan dan menyalurkan faedah dan manafaat kepada ahli dan masyarakat.
Misi KoPAUT adalah:
.
Bidang bidang yang pihak KoPAUT berasa penting dan relevan yang masih ada pasaran untuk diceburi adalah:-
Perkhidmatan Latihan & Pembangunan Modal Insan
Kejuruteraan & Perundingan
Perumahan & Pembinaan
Industri Halal
Setakat ini KoPAUT masih lagi meneroka beberapa perniagaan yang mampu untuk penambahnilaian dari bidang-bidang yang disebut diatas. Setakat ini dua bidang sudah pun bergerak iaitu Perkhidmatan Latihan dan Pembangunan Modal Insan dibawah seliaan PAUT Management Academy Sdn Bhd dan Halal Industri dibawah Sirat Group Sdn Bhd.
KoPAUT juga mengalu-alukan kepada ahli KoPAUT yang ingin membina perniagaan yang mana mungkin memberi pulangan yg baik untuk dinilai oleh panel Ahli Lembaga Pengarah dan juga ahli yang berpengalaman dalam perniagaan atau yang sudah menjalankan perniagaan.
Dalam kita mengharap satu pelaburan itu berjaya atau tidak, setiap dari kita harus memberi ruang untuk KoPAUT berniaga dan mengenal iklim perniagaan di Malaysia di masa ini. Demi untuk kita bergerak terus dan selanjutnya, kami memerlukan dana yang cukup untuk kita memperkembangkan lagi daya upaya kewangan KoPAUT di kemudian hari. Kita berasa amat bertuah dapat bersama dengan ahli ahli KoPAUT yang berkemampuan untuk memberi sumbangan bermakna untuk KoPAUT.
“Ingatlah untuk kita memperkembangkan dan mengusahakan satu kawasan tanaman padi, kita perlu mengorbankan sebahagian dari padi yang dituai dari dimakan, dan menggunakan sebahagian hasil sebagai benih untuk penanaman pada musim yang akan datang”.
Sama lah juga dalam kita cuba menjana hasil dan keuntungan yang lebih besar, kami mengajak dan memohon tuan-tuan dan puan-puan ahli KoPAUT untuk memberi dana untuk kami memperkembangkan prospek perniagaan yang telah dinyatakan diatas.
Sekian,
Ir. Munir Bin Dato’ Abu Bakar,
Pengerusi KoPAUT.