Daftar Keahlian

Assalamualaikum w.b.t.,

 

Datuk/Tuan-Tuan/Puan-Puan Warga PAUT,

Sebagai satu inisiatif untuk Koperasi Persatuan Alumni Universiti Texas (KoPAUT) menjana pendapatan untuk koperasi dan boleh menjadi satu unsur perniagaan yang berdaya maju, KoPAUT dengan ini menjemput warga PAUT yang sudah mempunyai perniagaan untuk mendaftar dengan KoPAUT.

Syarat syarat nya adalah seperti berikut: –

  1. Mestilah seorang yang warga Alumni Universiti dari Texas, isteri dan anak PAUT yang berdaftar sebagai ahli KoPAUT yang sah.

 

Antara menafaat dan kebaikan dari pendaftaran ini adalah: –

  1. KoPAUT akan membina satu jaringan perniagaan antara usahawan-usahawan KoPAUT dalam website perniagaan KoPAUT.
  2. Mengiklankan syarikat-syarikat dengan percuma dan pengiklanan boleh dilakukan dalam jaringan KoPAUT ataupun PAUT.
  3. Memperkenalkan peneraju perniagaan dan industri yang berkebolehan dalam KoPAUT ataupun PAUT.
  4. Memperkenalkan jaringan perniagaan yang tiada dalam KoPAUT/PAUT.
  5. Menyediakan platform untuk Joint Venture/Konsortium dan khidmat nasihat.
  6. Khidmat nasihat Pengurusan Project fasa perancangan dan juga perlaksanaan.
  7. Menyediakan platform perbincangan dengan peniaga yang berjaya dalam penyediaan “Business Plan” dan khidmat nasihat untuk kelulusan dari pihak Bank.

 

Terma dan syarat:

    1. Kos perjalanan projek dan khidmat nasihat ditanggung oleh pihak syarikat yang terlibat dan kos hendaklah dipersetujui antara kedua dua pihak yang terlibat.
    2. Pihak KoPAUT tidak menjamin dan tidak bertanggungjawab dengan kos atau lain lain perlibatan secara langsung atau tidak langsung yang terjadi antara pihak yang terlibat.
    3. Memberi kebenaran untuk KoPAUT mengiklankan dan meletakkan nama syarikat dan aktiviti perniagaan di dalam website KoPAUT dan juga platform platform lain yang ada didalam dan dikendalikan oleh PAUT/KoPAUT.
    4. KoPAUT bole mengubah Terma dan Syarat pada bila bila masa yang dirasakan perlu.
    5. Sekiranya transaksi perniagaan anda berjaya, satu persen (1 %) akan dikenakan kepada peniaga yang menjual dan akan di kreditkan kepada KoPAUT dari pihak pembeli.

 

Ahli KoPAUT yang ingin mendaftarkan perniagaan boleh mendaftar di link di bawah:

Ahli PAUT yang ingin mendaftar menjadi ahli KoPAUT boleh mendaftar di link di bawah: