Koperasi Persatuan Alumni Universiti Texas(KoPAUT) telah berjaya ditubuhkan pada 13 Jun 2019 setelah sempurnanya mesyuarat agung pertama di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 23 Mac 2019.
Ahli-ahli KoPAUT merupakan mereka yang mempunyai kepakaran hasil daripada ilmu yang telah dipelajari dan pengalaman semasa bekerja.
Menyedari kepakaran-kepakaran ini sangat diperlukan dalam pasaran pekerjaan dan juga perniagaan, selain menjadi satu usaha untuk memperkasakan ekonomi Muslim, maka kita menubuhkan KoPAUT.
Visi KoPAUT
Menjadi satu entiti perniagaan yang menjana keuntungan dan menyalurkan faedah dan manfaat kepada ahli dan masyarakat.
Misi KoPAUT
Menjalankan aktiviti perniagaan yang berdaya maju, berdaya saing dan yang berimpak tinggi.
Membangun usahawan dikalangan ahli menjalankan perniagaan yang mampan.
Meningkatkan keupayaan dan kompentensi kakitangan dan anggota.
Memastikan sistem, proses, dan sumber manusia koperasi yang cekap dan berkesan selaras dengan perkembangan semasa
Memastikan tadbir urus terbaik dan patuh syariah.
Membantu dan menyumbang kepada kesejahteraan ahli dan masyarakat.
Menjadikan koperasi contoh yang dihormati dan relevan kepada pembangunan negara.
Kegiatan Utama
Perkhidmatan Latihan & Pembangunan Modal Insan
Kejuruteraan dan Perundingan
Hartanah, Perumahan & Pembinaan
Indsutri Halal
Setakat ini, pelaburan dalam tiga bidang sudah pun digerakkan; iaitu Kejuruteraan & Perundingan dibawah seliaan Integmaster, Perkhidmatan Latihan & Pembangunan Modal Insan dibawah PAUT Management Academy Sdn. Bhd. dan Indsutri Halal dibawah Sirat Group Sdn. Bhd.
KoPAUT juga mengalu-alukan kepada ahli yang ingin mewujudkan perniagaan yang berpotensi memberi pulangan yang menguntungkan, untuk dinilai oleh panel Ahli Lembaga Pengarah dan juga ahli yang berpengalaman dalam perniagaan berkaitan.
KoPAUT terbuka untuk meneroka ruang perniagaan yang mampu ditambahnilai selain daripada bidang-bidang yang disebutkan di atas.